Isnin, 21 Disember 2009

PROJEK MAKANAN 1


  • KUIH BAKAR DAN KEK
Perniagaan kuih bakar dan kek merupakan salah satu Projek PWPK dibawah RISDA. Perniagaan ini telah diusahakan sepenuhnya oleh Pn. Sarihati Binti Mokhtar dengan bermodalkan wang sendiri tanpa bantuan daripada RISDA.
     Perniagaan ini telah mendapat sambutan dan turut memperoleh pulangan yang begitu memberangsagkan kerana barangan yang dijual oleh perniagaan ini sangat lazat dan menepati citarasa sesiapa sahaja. Untuk membuat sebarang tempahan kek atau kuih bakar ini boleh didapati di alamat:

Nama Pengusaha: Pn Sarihati Binti Mokhtar
Alamat: Kg. Kubu Gajah, Petaling
No. Tel: (Tidak Dinyatakan)

  • COKLAT DAZZLE (BUATAN SENDIRI)

Coklat Dazzle ini merupakan coklat hasil buatan tangan pertama di Malaysia yang membekalkan khasiat kepada para penggemar coklat.
     Produk barangan ini telah terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki berbanding produk luar. Untuk mendapatkan produk ini atau ingin mengetahui maklumat dengan lebih terperinci, sila datang di alamat:


Nama Pengusaha: Puan Siti Ropiah binti Hambali (Dazzle Food Sdn. Bhd.)
Alamat: No. 5A, Jalan Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Batu 11, 43100, Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 03- 90214237/ 013-6693652/ 019- 3483526


  • KUIH BAKAR (AS-NURA)
Perniagaan As-Nura telah diusahakan oleh Puan Nura binti Mardi. Perniagaan ini telah mengeluarkan beberapa perisa kuih bakar seperti perisa keladi, original, pandan, dan sebagainya. Produk-produk barangan ini boleh didapati di kedai-kedai atau datang ke alamat di bawah untuk membuat tempahan dan lain-lain:


Nama Pengusaha: puan Nura binti Mardi
Alamat: Kg. Pasir Baru, Semenyih, Hulu Langat
No. Telefon: 012- 3744545

  • KEK DAN COOKIES
Puan Salmah binti Abdul karim merupakan seorang pengusaha perniagaan kek dan cookies. Perniagaan beliau telah mendapat bantuan dari RISDA seperti modal perniagaan dan juga peralatan membuat kek dan cookies. Menarik tentang perniagaan ini adalah beliau juga menjual pizza buatan sendiri. Perniagaan beliau juga semakin berkembang dan sedia menerima tempahan dari luar. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, sila datang di alamat ini:

Nama Pengusaha: Puan Salmah binti Abdul Karim
Alamat: Lot1135, Batu 17 1/2, Kg. Sungai Manggis, 42700, Banting, Kuala Langat
No. Telefon: 019- 3526147

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan