Selasa, 8 Disember 2009

PUSAT PENGUMPULAN DAN PEMASARAN USAHAWAN KECIL


Setiap barangan yang ingin dijual oleh pengusaha, mereka akan mengumpulkan kesemua barangan di pusat ekonomi penduduk seperti di Hulu Selangor, Gombak dan banyak lagi. Ini adalah kerana untuk memudahkan pengusaha menjual dan memsarkan barangan kepada pelanggan. Pusat ini juga dikenali sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Barangan Usahawan Kecil.
        Selain dari itu, fungsi utama kelab ini adalah untuk usahawan-usahawan dari golongan pekebun kecil menghasilkan produk barangan yang berkualiti supaya dapat berdiri sama dengan produk-produk lain dari luar. Produk-produk yang dihasilkan terdiri dari beberapa kelompok produk iaitu projek jahitan, projek roti, dan pizza, makanan ringan seperti kerepek dan coklat, hiasan dalaman, kraftangan,gerai makanan, ternakan,  tanaman, catering, salun dan kecantikan, andaman dan pakej perkahwinan, dan banyak lagi. Dengan adanya projek-projek seperti ini, ianya dapat membantu ahli-ahli pekebun kecil memperoleh pendapatan yang memberangsangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan