Selasa, 22 Disember 2009

PROJEK JAHITAN 1


  • BUTIK AYU
Sebahagian dari koleksi tudung di Butik Ayu yang terletak di Semenyih. Kesemua tudung-tudung disini adalah hasil buatan sepeneuhnya oleh tuan empunya butik, Puan Norafisah binti Mohamed. Selain dari tudung, butik ini juga turut menjual pakaian. Menariknya, butik ini sedia menerima tempahan dari luar dengan harga yang berpatutan di alamat:

Nama Pengusaha: Pn. Norafisah Binti Mohamed
Nama Kedai: Butik Ayu
Alamat: Jln Kemboja, Kg. Pasir Baru, Semenyih
No. Telefon: Tidak Dinyatakan

  •   PUAN FARIDAH BINTI SAHID
Puan Faridah binti Sahid merupakan seorang tukang jahit sepenuh masa di daerah Hulu Langat. Beliau telah mendapt bantuan untuk projek AET dari RISDA pada tahun 2003 dan juga bangunan bengkel untuk memudahkan beliau menyiapkan tempahan baju para pelanggan. Untuk mendapatkan khidmat beliau membuat baju kurung atau sebagainya di alamat:


Nama Pengusaha: Puan Faridah binti Sahid
Alamat: Batu 18, Kg. Jawa, 43100, Hulu Langat
No. Telefon: 03- 90211017/ 019- 3051240

  • PUAN HAYATI BINTI AZIZ
Puan Hayati merupakan seorang tukang jahit dan juga seorang pereka hiasan dalaman. Beliau telah beroperasi sejak dari 2003 dan mendapat bantuan modal perniagaan serta satu unit mesin jahit untuk memudahkan beliau melakukan kegiatan harian menjahit. Beliau juga sedia menerima tempahan. Sebarang tempahan bolehlah datang sendiri di alamat berikut atau melalui telefon seperti di bawah:

Nama Pengusaha: Puan Hayati binti Aziz
Alamat: No.43, Jalan Murni, Taman Murni, Sg. Pelek, 43900, Sepang
No. Telefon: 012- 3743716

  • PUAN SARIMAH BINTI MAHMUD
Puan Sarimah merupakan seorang tukang jahit sepenuh masa di daerah Banting. Beliau juga merupakan sebahagian daripada ahli AET di bawah RISDA. Dengan adanya bantuan dari RISDA yang berbentuk satu unit bangunan bengkel untuk memberi kemudahan kepada beliau membuat tempahan dengan mudah dan cepat, serta dibantu oleh beberapa orang pekerja di bawah beliau. Beliau juga sedia menerima tempahan dari luar dengan harga yang berpatutan di alamat:
Nama Pengusaha: Puan Sarimah binti Mahmud
Alamat: Jalan Masjid Kundang, Tanjung Sepat, 42800, Banting
No. Telefon: 012- 9119646
  • PUAN NOR ASIKIN
Puan Asikin merupakan seorang tukang jahit pakaian sepenuh masa sejak dari 2004 lagi. Perniagaan beliau telah mendapat bantuan AET dari RISDA dan juga mesin jahit dan perabot. Ini adalah untuk kemudahan Puan Asikin untuk menyiapkan tempahan pelanggan dengan mudah. Puan Asikin juga turut menerima tempahan dari luar di alamat:
Nama Pengusaha: Puan Nor Asikin binti Tan
Alamat: No.4, Bangunan PLB, Kg. Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
No. Telefon: 03- 4541281

Tiada ulasan:

Catat Ulasan