Selasa, 22 Disember 2009

PROJEK CATERING


  • PUAN LINDA SUHANA BINTI MOHD SAJAD

Perniagaan catering yang dijalankan oleh Puan Linda Suhana merupakan salah satu projek AET di bawah RISDA. Perniagaan beliau semakin berkembang dan aktif. Perniagaan Puan Linda juga turut menerima bantuan dan peralatan catring untuk diguna pakai dalam urusan catering beliau. Puan Linda juga sedia menerima tempahan dari luar untuk apa jua aktitviti dengan harga yang berpatutan. Untuk mendapatkan khidmat beliau:

Nama Pengusaha: Puan Linda Suhana binti Mohd Sajad
Alamat: Lot 1027, Jalan Haji Abdullah, Kg. Kundang, Tanjung Sepat, Kuala LangatSlide 20
No. Telefon: 012- 3339396


  • PUAN SAHARINA BINTI ANSILIN DAN PUAN SAODAH BINTI SANIP

Perniagaan catering yang dijalankan oleh Puan Saharina dan usahasama Puan Saodah Sanip merupakan salah satu projek AET di bawah RISDA. Perniagaan mereka semakin berkembang dan aktif. dan mereka juga turut mempunyai perniagaan makanan ringan yang diusahakan sepenuhnya oleh Puan Saodah Sanip. Perniagaan mereka juga turut menerima bantuan dan peralatan catring untuk diguna pakai dalam urusan catering beliau. Puan Saharina juga sedia menerima tempahan dari luar untuk apa jua aktitviti dengan harga yang berpatutan. Untuk mendapatkan khidmat beliau:


Nama Pengusaha: Puan Saharina binti Ansilin dan Puan Saodah SanipAlamat: lot 50, Kg. Sungai Buah, 43800, Dengkil, Selangor
No. Telefon: 03- 89258358 (Puan Saodah binti Sanip)
Slide 20


Slide 23


PROJEK HIASAN DALAMAN DAN ANDAMAN

  • PUAN MESPAH BINTI SUKONO
Puan Mespah merupakan seorang pereka hiasan dalaman di Meru, Klang. Tidak hanya tumpu pada perniagaan hiasan dalaman, beliau juga turut memberi khidmat andaman kepada para pelanggan sama ada untuk hari perkahwinan, makan malam dan sebagainya. Untuk mendapatkan khidmat beliau, berkunjungla di alamat:

Nama Pengusaha: Puan Mespah binti Sukoro
Alamat: Lot 1826, Jalan Limau, Kg. Meru, 42200, Klang
No. Telefon: 03- 33922279/ 019- 2816179


  • PUAN HALIZA BINTI KASSIM 
Puan Haliza merupakan seorang juruandaman pengantin sepenuh masa di Beranang. Tidak hanya tumpu pada perniagaan andaman sahaja, beliau juga turut menyediakan pakej perkahwinan kepada pengantin dengan harga yang berpatutan kepada para pelanggan.  Untuk mendapatkan khidmat beliau, berkunjungla di alamat:

Nama Pengusaha: Puan Haliza binti Kassim
Alamat: Kg. Sesapan Kelubi, 43700, Beranang
No. Telefon: 019- 3072554

PROJEK JAHITAN 2


  • PUAN SAENAH BINTI MEGUN
Puan Saenah merupakan seorang tukang jahit yang telah mendapt bantuan dua buah mesin jahit untuk kemudahan beliau. Dengan adanya kemudahan seperti mesin jahit, perniagaan beliau semakin maju dan sering mendapat tempahan dari pelanggan. Puan Saenah juga sedia menerima tempahan dari luar dengan harga yang berpatutan di alamat:

Nama Pengusaha: Puan Saenah binti Megun
Alamat: Kg. Koa Changkat Bintang, Kuala Slim, 35800, Slim River
No. Telefon: 012-5353092


  • PUAN KAMAR BINTI HASSAN

Puan Kamar merupakan seorang tukang jahit di Kuala Selangor. Beliau merupakan tukang jahit sepenuh masa sejak beberapa tahun yang lepas. Beliau juga menerima bantuan PITG serta tambahan bangunan dan satu mesin jahit dari RISDA. Perniagaan Puan Kamar juga sedia menerima tempahan dari luar di alamat:

Nama Pengusaha: Puan Kamar binti Hassan
Alamat: Jalan Masjid, Kg. Bukit Hijau, 45800 Jeram, Kuala Selangor
No. Telefon: 017- 3203831

  • PUAN RADIAH BINTI OTHMAN
Puan Radiah merupakan seorang tukang jahit yang aktif. Beliau sering kali mendapat tempahan dari para pelanggan. Perniagaan Puan Radiah semakin berkembang setelah memperoleh bantuan AET untuk modal perniagaan serta mendapat peralatan menjahit. Beliau juga sedia menerima tempahan dari luar di alamat:

Nama Pengusaha: Puan Radiah binti Othman
Alamat: No.77A, Kg. Sungai Masin, 44300, Batang Kali
No. Telefon: Tidak Dinyatakan


  • PUAN NOR AISHAH BINTI RAMLI
Puan Aishah merupakan seorang tukang jahit sepenuh masa. Perniagaan beliau juga turut berkembang maju dan aktif. Perniagaan ini telah mendapat bantuan dari RISDA berupa midal perniagaan dan juga peralatan menjahit untuk memudahkan beliau menyiapkan tempahan dengan segera dan mudah. Beliau juga sedia menerima tempahan. Dibawah adalah kediaman beliau untuk mendaptkan khidmat jahitan:

Nama Pengusaha: Puan Nor Aishah binti Ramli
Alamat: No.85, Kg. Sungai Masin, 44300, Batang Kali
No. Telefon: Tidak Dinyatakan


  • PUAN ASIAH BINTI SIRIJ
Puan Asiah merupakan seorang tukang jahit pakaian. Perniagaan Puan Asiah juga salah satu perniagaan yang bergerak aktif dan berkembang maju. Dengan berkat usaha gigih serta memperoleh modal perniagaan dan mendapat peralatan menjahit dari RISDA. Untuk membuat sebarang tempahan, anda boleh berkunjung di alamat:

Nama Pengusaha: Puan Asiah binti Sirij
Alamat: Lot 3340, No.4, Jalan Perdana 5/22, Lorong Setia, Kuang
No. Telefon: 019- 2763241


  • PUAN NOR LIDHA BINTI KASIM@JANTAN
Slide 19
Perniagaan Puan Lidha bermula pada tahun 2008. Puan Lidha menjalankan perniagaan menjahit baju dan dengan bakat yang ada, Puan Lidha telah mendapat bantuan AET serta peralatan jahitan daripada RISDA. Perniagaan beliau juga semakin aktif dan mendaapat kepercayaan pada para pelanggannya. Untuk membuat sebarang tempahan dengan harga yang berpatutan, sila kunjung di alamat dibawah:

Nama Pengusaha: Puan Nor Lidha binti Kasim@Jantan
Alamat: No.1394, Taman Genting malik Tambahan, batang Kali, Selangor
No. Telefon: 019- 3072554



  • Slide 21PUAN ARYIATIE BINTI MOHD NOH

Puan Aryiatie merupakan seorang tukang jahit baju di Hulu Selangor. Beliau mendapat bantuan dan peralatan menjahit dari RISDA untuk memudahkan kerja-kerja tempahan dilakukan dengan nudah. Beliau juga sedia menerima tempahan dari luar. Untuk tempahan, sila datang:

Nama Pengusaha: Puan Aryiatie binti Mohd Noh
Alamat: No. 1B, Kg. Jawa, kerling, Hulu Selangor
No. Telefon: Tidak Dinyatakan Slide 23




PROJEK JAHITAN 1


  • BUTIK AYU
Sebahagian dari koleksi tudung di Butik Ayu yang terletak di Semenyih. Kesemua tudung-tudung disini adalah hasil buatan sepeneuhnya oleh tuan empunya butik, Puan Norafisah binti Mohamed. Selain dari tudung, butik ini juga turut menjual pakaian. Menariknya, butik ini sedia menerima tempahan dari luar dengan harga yang berpatutan di alamat:

Nama Pengusaha: Pn. Norafisah Binti Mohamed
Nama Kedai: Butik Ayu
Alamat: Jln Kemboja, Kg. Pasir Baru, Semenyih
No. Telefon: Tidak Dinyatakan

  •   PUAN FARIDAH BINTI SAHID
Puan Faridah binti Sahid merupakan seorang tukang jahit sepenuh masa di daerah Hulu Langat. Beliau telah mendapt bantuan untuk projek AET dari RISDA pada tahun 2003 dan juga bangunan bengkel untuk memudahkan beliau menyiapkan tempahan baju para pelanggan. Untuk mendapatkan khidmat beliau membuat baju kurung atau sebagainya di alamat:


Nama Pengusaha: Puan Faridah binti Sahid
Alamat: Batu 18, Kg. Jawa, 43100, Hulu Langat
No. Telefon: 03- 90211017/ 019- 3051240

  • PUAN HAYATI BINTI AZIZ
Puan Hayati merupakan seorang tukang jahit dan juga seorang pereka hiasan dalaman. Beliau telah beroperasi sejak dari 2003 dan mendapat bantuan modal perniagaan serta satu unit mesin jahit untuk memudahkan beliau melakukan kegiatan harian menjahit. Beliau juga sedia menerima tempahan. Sebarang tempahan bolehlah datang sendiri di alamat berikut atau melalui telefon seperti di bawah:

Nama Pengusaha: Puan Hayati binti Aziz
Alamat: No.43, Jalan Murni, Taman Murni, Sg. Pelek, 43900, Sepang
No. Telefon: 012- 3743716

  • PUAN SARIMAH BINTI MAHMUD
Puan Sarimah merupakan seorang tukang jahit sepenuh masa di daerah Banting. Beliau juga merupakan sebahagian daripada ahli AET di bawah RISDA. Dengan adanya bantuan dari RISDA yang berbentuk satu unit bangunan bengkel untuk memberi kemudahan kepada beliau membuat tempahan dengan mudah dan cepat, serta dibantu oleh beberapa orang pekerja di bawah beliau. Beliau juga sedia menerima tempahan dari luar dengan harga yang berpatutan di alamat:
Nama Pengusaha: Puan Sarimah binti Mahmud
Alamat: Jalan Masjid Kundang, Tanjung Sepat, 42800, Banting
No. Telefon: 012- 9119646
  • PUAN NOR ASIKIN
Puan Asikin merupakan seorang tukang jahit pakaian sepenuh masa sejak dari 2004 lagi. Perniagaan beliau telah mendapat bantuan AET dari RISDA dan juga mesin jahit dan perabot. Ini adalah untuk kemudahan Puan Asikin untuk menyiapkan tempahan pelanggan dengan mudah. Puan Asikin juga turut menerima tempahan dari luar di alamat:
Nama Pengusaha: Puan Nor Asikin binti Tan
Alamat: No.4, Bangunan PLB, Kg. Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
No. Telefon: 03- 4541281

Isnin, 21 Disember 2009

PROJEK MAKANAN 1


  • KUIH BAKAR DAN KEK
Perniagaan kuih bakar dan kek merupakan salah satu Projek PWPK dibawah RISDA. Perniagaan ini telah diusahakan sepenuhnya oleh Pn. Sarihati Binti Mokhtar dengan bermodalkan wang sendiri tanpa bantuan daripada RISDA.
     Perniagaan ini telah mendapat sambutan dan turut memperoleh pulangan yang begitu memberangsagkan kerana barangan yang dijual oleh perniagaan ini sangat lazat dan menepati citarasa sesiapa sahaja. Untuk membuat sebarang tempahan kek atau kuih bakar ini boleh didapati di alamat:

Nama Pengusaha: Pn Sarihati Binti Mokhtar
Alamat: Kg. Kubu Gajah, Petaling
No. Tel: (Tidak Dinyatakan)

  • COKLAT DAZZLE (BUATAN SENDIRI)

Coklat Dazzle ini merupakan coklat hasil buatan tangan pertama di Malaysia yang membekalkan khasiat kepada para penggemar coklat.
     Produk barangan ini telah terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki berbanding produk luar. Untuk mendapatkan produk ini atau ingin mengetahui maklumat dengan lebih terperinci, sila datang di alamat:


Nama Pengusaha: Puan Siti Ropiah binti Hambali (Dazzle Food Sdn. Bhd.)
Alamat: No. 5A, Jalan Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Batu 11, 43100, Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 03- 90214237/ 013-6693652/ 019- 3483526


  • KUIH BAKAR (AS-NURA)
Perniagaan As-Nura telah diusahakan oleh Puan Nura binti Mardi. Perniagaan ini telah mengeluarkan beberapa perisa kuih bakar seperti perisa keladi, original, pandan, dan sebagainya. Produk-produk barangan ini boleh didapati di kedai-kedai atau datang ke alamat di bawah untuk membuat tempahan dan lain-lain:


Nama Pengusaha: puan Nura binti Mardi
Alamat: Kg. Pasir Baru, Semenyih, Hulu Langat
No. Telefon: 012- 3744545

  • KEK DAN COOKIES
Puan Salmah binti Abdul karim merupakan seorang pengusaha perniagaan kek dan cookies. Perniagaan beliau telah mendapat bantuan dari RISDA seperti modal perniagaan dan juga peralatan membuat kek dan cookies. Menarik tentang perniagaan ini adalah beliau juga menjual pizza buatan sendiri. Perniagaan beliau juga semakin berkembang dan sedia menerima tempahan dari luar. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, sila datang di alamat ini:

Nama Pengusaha: Puan Salmah binti Abdul Karim
Alamat: Lot1135, Batu 17 1/2, Kg. Sungai Manggis, 42700, Banting, Kuala Langat
No. Telefon: 019- 3526147

    Ahad, 20 Disember 2009

    PROJEK MAKANAN 2

     
    • MAKANAN RINGAN (KEREPEK)
    Encik Mohd. Sadali bin Miskon merupakan seorang pengusaha kerepek di Klang. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai harga dan
    sebagainya, anda boleh berkunjung di alamat:


    Nama Pengusaha: Encik Mohd Sadali bin Miskon
    Alamat: Lot4101, Jalan Bahagia, Bukit Kapar, 42200, Klang
    No. Telefon: 019- 2871089

    • MAKANAN RINGAN (KEREPEK MERUKU)
      Puan Saniyani binti Abu Bakar merupakan salah seorang ahli di dalam PWPK dan juga ahli Kelab Usahawan RISDA.
              Perniagaan kerepek ini dijalankan di rumah selain dari mendapat bantuan satu unit bengkel serta modal perniagaan dari yang berkenaan. Kerepek-kerepek datr perniagaan ini turut boleh didapati di sekitar kawasan Semenyih dan juga beliau turut menerima tempahan. Untuk maklumat lanjut:

      Nama Pengusaha: Puan Saniyani binti Abu Bakar
      Alamat: Lot570, Kg. Rinching Tengah, 63700, Semenyih
      No. Telefon: 013- 3415492

      • GERAI MAKANAN POHON BAMBU
      Puan Sarina binti Mokny merupakan salah seorang ahli kelab yang menjalankan perniagaan gerai makan di bawah pohon bambu di Hulu Langat. Dengan bantuan yang diterima, perniagaan ini telah semakin berkembang dan aktif. Teringin menjamu selera di bawah pohon bambu, silalah berkunjung di alamat:

      Nama Pengusaha: Puan Sarina binti Mokny
      Alamat Gerai: Batu 18, Kg. Jawa, 43100, Hulu Langat
      No. Telefon: 019- 3936185


      Selasa, 8 Disember 2009

      PUSAT PENGUMPULAN DAN PEMASARAN USAHAWAN KECIL


      Setiap barangan yang ingin dijual oleh pengusaha, mereka akan mengumpulkan kesemua barangan di pusat ekonomi penduduk seperti di Hulu Selangor, Gombak dan banyak lagi. Ini adalah kerana untuk memudahkan pengusaha menjual dan memsarkan barangan kepada pelanggan. Pusat ini juga dikenali sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Barangan Usahawan Kecil.
              Selain dari itu, fungsi utama kelab ini adalah untuk usahawan-usahawan dari golongan pekebun kecil menghasilkan produk barangan yang berkualiti supaya dapat berdiri sama dengan produk-produk lain dari luar. Produk-produk yang dihasilkan terdiri dari beberapa kelompok produk iaitu projek jahitan, projek roti, dan pizza, makanan ringan seperti kerepek dan coklat, hiasan dalaman, kraftangan,gerai makanan, ternakan,  tanaman, catering, salun dan kecantikan, andaman dan pakej perkahwinan, dan banyak lagi. Dengan adanya projek-projek seperti ini, ianya dapat membantu ahli-ahli pekebun kecil memperoleh pendapatan yang memberangsangkan.

      Isnin, 7 Disember 2009

      PROJEK SPA DAN KECANTIKAN



      • SYUKUR KASIH TRADING

      Syukur Kasih Trading telah diusahakan oleh Puan Ina dan Encik Ishak. Melalui perniagaan ini, mereka menjual produk kecantikan dan kesihatan. Selain itu, mereka juga  menyediakan rawatan resdung dan mandi sauna dengan harga yang sangat berpatutan.

      Nama Pengusaha: Puan Ina dan Encik Ishak
      Nama Kedai: Syukur Kasih Trading
      Alamat: (Tidak Dinyatakan)
      No. Telefon: 017- 2275787/ 019- 2167063 (Puan Ina)
      No. Telefon: 019- 2383077 (Encik Ishak)


      • SALUN KECANTIKAN

      Salun ini diusahakan oleh Puan Hasimah binti Saad. Salun ini juga menyediakan rawatan muka dan sauna untuk para pelanggan yang berkunjung ke pusat kecantikan mereka. Untuk sebarang maklumat tentang harga atau membuat tempahan bilik untuk rawatan muka dan sebagainya di alamat dibawah:

      Nama Pengusaha: Puan Hasimah binti Saad
      Alamat: No. 25, Jalan Meranti 3A/15, Bandar Utama, Batang Kali, Selangor
      No. Telefon: Tidak Dinyatakan

      Slide 22
      • KEYNAS HAIR & BEAUTY SALON

      Salon ini menawarkan beberapa jenis perkhidmatan kepada pelanggan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Salon ini juga turut mempunyai blog sendiri untuk memudahkan para pelanggan mereka melihat tawaran dan perkhidmatan yang diberikan. Sebarang pertanyaan tentang rawatan dan sebagainya sila layari keynas.blogspot.com

      Ahad, 6 Disember 2009

      PROJEK BATIK

       
      • MY BATIK BERANANG
      Batik lukis merupakan salah satu projek dibawah Projek Perkumpulan Wanita pekebun Kecil (PWPK). Perniagaan ini merupakan perniagaan pertama di Malaysia yang menghasilkan produk dengan melukis tanpa menggunakan tekap batik. Kesemua produk adalah hasil lukisan tangan dan tidak didapati di mana-mana kedai. Menariknya tentang perniagaan ini ialah pelanggan boleh memilih corak sendiri dan akan dilukis oleh mereka. Jika anda ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut atau membuat sebarang tempahan di alamat:

      Nama Pengusaha: Pn. Mazaini Binti Ujang
      Nama Kedai: My Batik Beranang
      Alamat: Kg. Bukit Kepong, Beranang
      No. Tel: Tidak Dinyatakan

      PROJEK TERNAKAN



      • TERNAKAN ITIK DAN TELUR ITIK
      Perniagaan telur itik ini telah diusahakan oleh En. Sulaiman bin Dani @ Abdullah. Perniagaan ini mendapat sambutan dan sepanjang tempoh penjualan, perniagaan ini telah memungut hasil yang agak memberangsagkan. Menariknya tentang perniagaan ini ialah telur masin yang dijual dipasaran adalah buatan sendiri dan dimajukan oleh orang Melayu. Untuk mendapatkan produk ini atau ingin membuat sebarang tempahan dengan harga berpatutan boleh didapati di:


      Nama Pengusaha: En. Sulaiman Bin Dani @ Abdullah
      Alamat: Lot320, Kg. Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih


      • TERNAKAN LEMBU SEPARA FIDLOT (BERKELOMPOK)
      Perniagaan ini diusahakan oleh Koperasi Pekebun Kecil Hulu Langat. Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan atau membuat tempahan dan sebagainya, anda boleh datang terus ke alamat:

      Nama Pengusaha: Koperasi Pekebun Kecil Hulu Langat
      Alamat: No.12-1, Jalan Semenyih Sentral 4, 43500, Semenyih
      No. Telefon: 03- 87235460
      Slide 30
      • TERNAKAN IKAN KELI
      (Maaf gambar tidak disertakan) Perniagaan ini diusahakan oleh Encik Abdul Razak bin Alin. Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan atau membuat tempahan dan sebagainya, anda boleh datang terus ke alamat:
       
      Nama Pengusaha: Encik Abdul Razak bin Alin
      Alamat: No.30, Lorong Dato' Dagang Yusof, Kg. Sungai Pening, 43500, Semenyih
      No. Telefon: Tidak Dinyatakan
      Slide 32



      Isnin, 30 November 2009

      PELANCARAN KELAB USAHAWAN RISDA SELANGOR SELATAN


      Perasmian Kelab Usahawan RISDA Selangor Selatan telah diadakan di Butik Ayu secara tidak langsung merasmikan pembukaan Butik Ayu. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengarah RISDA Negeri Selangor, Tuan Nasarudin bin Malek pada 22 Oktober 2009. Kesemua hadirin terdiri daripada peserta-peserta Usahawan RISDA dan orang ramai.

      Ahad, 29 November 2009

      RISDA MEMBENTUK USAHAWAN PEKEBUN KECIL

      Oleh: Nasri bin Rahmat (Majalah Suara RISDA)

      Penggantungan pekebun kecil kepada hasil kebun getah atau sawit sahaja tidak boleh menjamin pendapatan mereka mengatasi tahap kemiskinan(RM570.00 sebulan sekeluarga). Oleh yang demikian, adalah menjadi matlamat RISDA untuk membantu lebih ramai pekebun getah dan sawit melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan walaupun secara kecil-kecilan dahulu untuk menambah pendapatan diri dan keluarga. Pihak kerajaan juga telah mewujudkan berbagai rancangan untuk menggalakkan bumiputera menceburi bidang keusahawanan sebagai persediaan untuk menuju tahun-tahun mendatang. Melihat kepada kepentingan mewujudkan usahawan pekebun getah dan sawit yang maju, mereka perlu didedahkan kepada bimbingan dan latihan untuk menghadapi cabaran masa depan. Justeru itu Bahagian Peningkatan Ekonomi Ibu Pejabat RISDA telah dipertanggungjawabkan untuk membangun usahawan termasuklah mendidik dan membimbing supaya dapat mengurus perusahaan/perniagaan selaras dengan permintaan pasaran ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020. Selain itu usahawan akan diterapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan pekebun kecil mengamalkan dalam masing-masing. Ini penting kerana sebagai usahawan, seseorang itu harus berkebolehan untuk melihat, mengenal, merebut dan mewujudkan peluangpeluang untuk faedah ekonomi dan keuntungan. Keusahawanan merupakan bidang kerja yang akan mendapat ganjaran keuntungan. Pada tahun-tahun yang ke hadapan ini pekebun kecil tidak boleh lagi berharap yang anak-anak mereka akan bekerja dengan jabatan kerajaan sahaja kerana pihak kerajaan mahupun swasta sedang dalam usaha untuk memperkecilkan saiz kakitangan yang sedia ada akibat kegawatan ekonomi negara. Justeru, arus perubahan yang sedang berlaku di Malaysia hari ini tidak boleh dipandang asing oleh pekebun kecil. Kelambatan kita untuk melibatkan diri akan menyebabkan kita ketinggalan ke belakang. Malah adalah satu kerugian jika masyarakat pekebun kecil masih lagi tidak responsif kepada perkembangan yang sedang berlaku. Namun begitu, RISDA bukan hanya memberi tumpuan terhadap soal memajukan kebun-kebun getah dan sawit juga bertanggungjawab untuk membangunkan pekebun kecil itu sendiri. Bahagian Peningkatan Ekonomi akan berusaha melibatkan usahawan pekebun kecil supaya dapat mencorak kepada industri yang berbentuk komersil dan menguasai peluang pasaran dan berdaya saing. Mereka yang mempunyai potensi menjadi ‘tiang seri’ digalak menjadi pengeluar dan pengedar yang cekap dan berdaya saing. Adalah menjadi harapan bahagian ini supaya para pemimpin pekebun kecil akan dapat menjadikan bidang keusahawanan salah satu agenda penting untuk memajukan diri, keluarga dan kampung mereka masing-masing.